Saturday, April 9, 2011

Reply from JPA regarding claim

Wa’laikummussalam..

Untuk makluman, Jabatan ini masih membayar Elaun Latihan Amali kepada semua pelajar tajaan yang berkelayakan dan memenuhi syarat sepertimana amalan sediakala dengan syarat seperti di bawah:

1)      Memohon secara rasmi kepada JPA melalui pihak universiti;

2)      Permohonan tidak melebihi 90 hari (sepanjang pengajian) ; dan

3)      Jarak tempat amali dan tempat pengajian adalah melebihi 25km.

Jabatan ini berharap pihak UIAM, Kuantan dapat memaklumkan kepada pelajar tentang perkara ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan ketidakpuasan hati.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Nor Hasaliza Asikin Binti Nawi

Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan Dalam Negara

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam

Tel : 03- 8885 3061

Fax: 03- 8881 0745

*updated

Syarat-syarat yang Ditetapkan untuk Membuat Tuntutan

1. Latihan Amali yang diambil bermula pada Sem I 2007/2008 dan seterusnya sahaja yang layak memohon.

2. Maksimum hari yang boleh dituntut untuk Latihan Amali ini adalah 90 hari sahaja.

3. Jarak tempat Latihan Amali mestilah lebih 25km dari tempat pengajian. Jika Latihan Amali dibuat di universiti masing-masing, maka pelajar tidak layak untuk memohon.

4. Permohonan tuntutan hanya boleh dibuat selepas Latihan Amali habis dilaksanakan.

Dokumen-dokumen Yang Wajib Dilampirkan

1. Salinan muka hadapan buku akaun bank (disahkan).

2. Surat Pengesahan dan Cop Majikan tempat pelajar membuat Latihan Amali. Pengesahan dalam jumlah hari kedatangan perlu disertakan dengan salinan punch card serta tarikh pengesahan dibuat.

3. Jika sistem punch card tidak digunakan, kemukakan salinan buku log kedatangan atau surat pengesahan setiap bulan yang diperakui oleh majikan.

4. Surat pengesahan universiti (kuliyyah).

5. Borang Tuntutan Elaun Latihan Amali daripada JPA. Boleh ambil kat OSC. Borang sama yang pernah diisi dulu.

Info Tambahan

Hanya permohonan yang layak dan lengkap sahaja yang akan diproses.

Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan mesti disahkan oleh majikan atau "Officer in Charge" (Kulliyyah).

Rujukan Fail JPA = No. Kad Pengenalan Pelajar

sumber: OSC UIA Kuantan

0 comments: